
|
Le Owner ![]() Credits!
| Bertudung atau menutup aurat ? ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar semua muslimin dan muslimat. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYANBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semoga kita diberkati oleh-Nya dibulan yang mulia ini. Hayati tajuk entry kali ini !
Indah sungguh ciptaan-Mu Ya Allah !
Yang bertudung bukan pilihan, yang menutup aurat jadi idaman ! Allahuakbar. Seorang lelaki tidak akan mencari wanita yang tidak bertudung dan tidak menutup aurat. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Subahanallah. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya, kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, jarang, hmm ada juga yang berlengan pendek. Jelas sekali, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
Perintah Allah :
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir banyak kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tak dilayan terus.
Orang perempuan yang tak bertudung langsung macam mana ? Di mana mereka di hati orang mukmin ? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti la tidak ! Yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Mesti akan dinyah kau dari sini.
"Cerewet gila orang lelaki ni."
Hmm. Memang cerewet pun. Pernah beli makanankan ? Makanan yang mana akan dipilih ? Yang dibungkus penuh, yang dibungkus separuh atau yang tidak dibungkus langsung ? Saya yakin yang perempuan pun akan memilih yang berbungkus penuhkan ? Kerana yang itulah yang dijamin bersih dan baik. Macam tu jugak lelaki memilih perempuan. Kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Rasulullah SAW pernah berpesan :
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab :
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Macam mana nak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba kita fikirkan. Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa ? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari kan ? Pada masa itu, jangan hairan jika kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya.
Itu janji Allah :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Jadi, kita sebagai wanita. Periksalah diri kita. Adakah kita sudah menutupi semua aurat kita ? Jika tidak, marilah kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna. Bersungguh-sungguhlah kita mengikut perintah-Nya. Tak payahlah kita sibuk memikirkan siapa pasangan hidup kita sampai kita lupa memikirkan siapa diri kita di sisi Allah SWT. Kerana sikap kita ini akan menentukan siapa pasangan kita suatu hari nanti.
AYUHLAH REMAJA ! SAMA-SAMA KITA BANGKIT ISLAM. JIHAD FISABILILLAH. TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURAN WAHAI WANITA. JANGAN TERLALU ASYIK MENUNJUKKAN RAMBUTMU. KERANA RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA.
Saya juga tidak sempurna lagi dalam menutup aurat. Sama-samalah kita memperbaiki kesilapan kita. Semoga semakin ramai MUSLIMAH sejati di dunia ini. Insya-Allah !
p/s : HIJAB my right, my choice, my life ! JIHAD FI SABILILLAH :)
|